ALPS Medical Centre: Pusat perubatan butik signatur

mhtcadmin1
January 9, 2019
5 min read

Bersama teknologi dan pendekatan terkini dalam penjagaan klinikal, ALPS Medical Centre (ALPS), yang diuruskan TMC Global Holdings Sdn Bhd, syarikat subsidiari ALPS Global Holdings Bhd menawarkan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada komuniti.

Pengasasnya, Profesor Datuk Seri Dr SK Tham berkata, ALPS adalah sebuah pusat perubatan butik signatur yang menyediakan perkhidmatan bermutu dan mencipta rekod memberangsangkan dalam bidang perubatan estetika, kosmetik, rekonstruktif dan pemakanan untuk gaya hidup yang lebih sihat sejak 2016.

Dr Tham berkata, sebagai penyedia perkhidmatan terkenal dan pilihan di Malaysia serta rantau ini, ALPS terus mengambil langkah memperkenalkan inovasi-inovasi baharu bersama penyediaan persekitaran rawatan yang terbaik bagi keselesaan pelanggan.

"Terbaharu, ALPS menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, khasnya pengesanan awal kanser bagi pelanggan seawal usia 30 tahun", katanya.

Tambahnya, ALPS Medical Centre telah bertapak sebagai sebuah pusat perubatan butik yang mempunyai reputasi tinggi dan pilihan ramai dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam bidang penuaan yang sihat, perubatan plastik, rekonstruktif, kosmetik dan estetika terkini, serta perkhidmatan kesejahteraan pada kadar berpatutan.

"Terdiri daripada pengamal perubatan dan kakitangan penjagaan kesihatan yang profesional dan berpengalaman, ALPS Medical Centre turut dilengkapi peralatan berteknologi terkini dan kemudahan kelas dunia.

"Ia turut memenuhi kelayakan dan pensijilan Kementerian Kesihatan Malaysia, selain merupakan Ahli Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia (SAAaRMM)," katanya.

Selain perkhidmatan saringan kesihatan, katanya, ALPS juga merupakan pakar dalam bidang perkhidmatan aestetik.

"Malah, ALPS turut menyediakan khidmat rundingan dan panduan pemakanan profesional untuk gaya hidup yang lebih sihat.

"Pakar-pakar pemakanan kami berupaya membantu dalam pelbagai cara, khususnya dalam pengambilan makanan, nutrisi dan gaya hidup bagi membolehkan pelanggan menikmati kehidupan lebih baik," katanya.

Source: Sinar Harian

]]>

ENDS
For media inquiries and further information, please contact:
  • Mohamad Shahizam Fauzi Item A
  • Head, CommunicationsItem B
  • +603 8776 6168

shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at                                                
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168        
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.