
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menjangka bilangan pelancong penjagaan kesihatan meningkat ketara kepada dua juta menjelang 2020 daripada satu juta ketika ini susulan pengecualian cukai bagi bil perubatan.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata sebelum ini Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas bil perubatan tetapi kini dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (SST) 2.0."Kos perubatan adalah faktor kedua paling penting selepas keyakinan bagi pelancong perubatan."Kos perubatan di Malaysia adalah kompetitif dan ini (kos) akan mendapat manfaat daripada pengecualian SST ke atas bil perubatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Risikan Pasaran Pelancongan Perubatan (InsigHT) 2018, di sini, hari ini.Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia, Sherene Azli.Terdahulu, dalam ucapannya, Amiruddin berkata Malaysia memperoleh hasil pelancongan perubatan berjumlah RM1.3 bilion tahun lepas, dengan anggaran RM4 bilion daripada perbelanjaan penjagaan kesihatan bukan berkaitan lain seperti pengangkutan, penginapan dan pelancongan.Kerajaan berharap dapat menggandakan angka ini kepada RM2.8 bilion menjelang 2020, katanya.Beliau berkata industri merekodkan kadar pertumbuhan tahunan memberangsangkan antara 16 dan 17 peratus setiap tahun, mengatasi purata kadar pertumbuhan global setahun pada 12-14 peratus.Negeri-negeri penyumbang utama bagi pelancongan perubatan ialah Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, dan Sarawak.Source: Astro Awani
shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168
rasydan.m@mhtc.org.my
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.
