Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan alukan dana RM35 juta dalam Belanjawan 2021

mhtcadmin1
November 6, 2020
5 min read

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Dalam keadaan mencabar ketika ini, peruntukan sehingga RM35 juta oleh kerajaan dianggap sebagai amanah yang besar kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan (MHTC) untuk terus memacu industri berkenaan ke arah memulihkan ekonomi negara. 

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata, pihaknya komited untuk menggunakan peruntukan belanjawan tersebut bagi merangsang industri pelancongan kesihatan sekali gus meningkatkan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui pendigitalan. 

“Bagi pihak MHTC, dengan rasa rendah diri, kami berterima kasih dan sangat menghargai sokongan berterusan daripada kerajaan yang telah memperuntukkan sebanyak RM35 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebentar tadi.

Sherene Azli

“Sehingga kini, MHTC telah membudaya dan mengadaptasi norma-norma baharu pasca pandemik COVID-19 dengan sokongan padu yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata MHTC dalam satu kenyataan hari ini. 

Industri pelancongan kesihatan telah diiktiraf sebagai antara perkhidmatan eksport utama yang berpotensi untuk mengukuhkan ekonomi negara. 

Tambah Sherene, MHTC mempunyai potensi untuk menyumbang sehingga RM10 bilion kepada ekonomi apabila industri kembali pulih. 

Jelas beliau, kepercayaan berterusan terhadap MHTC akan membuka lebih banyak peluang untuk mendukung transformasi dalam penjagaan kesihatan yang akan meningkatkan ekonomi sektor penjagaan kesihatan secara khusus, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

“Sokongan dan pengiktirafan terhadap MHTC ini juga akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai the World’s Healthcare Marvel,” kata Sherene. - DagangNews.com

Source: DagangNews.com

ENDS
For media inquiries and further information, please contact:
  • Mohamad Shahizam Fauzi Item A
  • Head, CommunicationsItem B
  • +603 8776 6168

shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at                                                
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168        
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.