Malaysia Destinasi Pelancongan Kesihatan Terkenal

mhtcadmin1
February 14, 2020
5 min read

KOTA KINABALU: Malaysia memiliki pakej lengkap untuk memikat pelancong ke negara ini dan memberi pengalaman indah baik dari segi industri pelancongan kesihatan, lokasi membeli belah mahupun kebudayaannya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata Malaysia adalah destinasi pelancongan kesihatan yang terkenal, menawarkan kemudahan bertaraf dunia dengan kepakaran dan nilai yang berbaloi untuk wang, manakala berbelanja di Malaysia merupakan satu pengalaman menakjubkan.

“Kawasan di Bukit Bintang, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Bangsar adalah lokasi membeli-belah yang terkenal, yang menawarkan segala-galanya daripada jenama pereka terkenal sehinggalah kepada cenderamata tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persidangan dan Pameran Kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA ATCM) 2020 di sini, baru baru ini.

Selain itu katanya Malaysia adalah syurga untuk pemain golf, kerana terdapat lebih daripada 200 padang golf di Malaysia.

Beliau berkata untuk aktiviti bersama keluarga, pelancong boleh ke Legoland (Johor), Sunway Lagoon (Selangor), Genting Highland (Pahang), Escape Penang (Pulau Pinang) atau Taman Tema Air Desaru (Johor) untuk merakam percutian yang tidak dapat dilupakan.

Sabah pula katanya adalah sebuah syurga ekopelancongan yang kaya dengan kepelbagaian kebudayaan yang ditampilkan menerusi lebih daripada 42 kumpulan etnik.

Source: Borneo Today

ENDS
For media inquiries and further information, please contact:
  • Mohamad Shahizam Fauzi Item A
  • Head, CommunicationsItem B
  • +603 8776 6168

shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at                                                
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168        
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.