
KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, dengan skor 95 daripada 100 mata.
Memetik akhbar Costa Rica News, terdapat 13 hospital yang memperoleh akreditasi daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama (JCI) di negara ini, dan hampir kesemua doktor fasih berbahasa Inggeris.
Malah, kebanyakan doktor di Malaysia mendapat latihan di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia, maka komunikasi adalah sempurna dan tidak menghairankan Malaysia menjadi destinasi pelancongan popular.
Costa Rica News berkata di Malaysia, seseorang itu tidak perlu membuat temu janji berjumpa dengan doktor pakar dan juga tidak perlu rujukan daripada pengamal perubatan, dan hanya perlu mendaftar di hospital dan menunggu giliran untuk bertemu pakar.
“Kemudahan di Malaysia ini menyebabkan kos yang rendah berbanding di Amerika Syarikat. Namun, bukan sahaja kos yang menjadi tarikan, tetapi juga perkhidmatan.
“Ahli farmasi sama juga seperti kakitangan perubatan lain di Malaysia, terlatih dan bermaklumat. Rakyat Malaysia bersifat mesra, tetapi yang lebih menarik ialah mereka benar-benar mengambil berat terhadap pesakit,” kata akhbar itu. – BERNAMA
Source: BH Online
shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168
rasydan.m@mhtc.org.my
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.
