
KUALA LUMPUR - Malaysia mampu menjadi hab rawatan kesuburan dan kardiologi Asia menjelang 2020 berikutan adanya perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi di negara ini.Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli berkata pihaknya bersama Kementerian Kesihatan dan hospital swasta sedang menggembleng tenaga untuk merealisasikan aspirasi itu dalam tempoh dua tahun, sekaligus memacu industri pelancongan kesihatan negara.“Kadar kejayaan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) di negara ini adalah tinggi iaitu secara purata antara 55 hingga 60 peratus, bagi rawatan kardiologi pula, Institut Jantung Negara (IJN) mempunyai reputasi yang sangat baik dan antara yang terbaik di Asia.“Tahap permintaan dan kemampuan negara menyediakan rawatan berkenaan, menunjukkan bahawa negara berpotensi besar untuk dipromosi sebagai hab rawatan seperti itu di rantau ini,” katanya, malam tadi.Menerusi perbincangan topik, Malaysia Healthcare: Membina Kepercayaan Ke Arah Kecemerlangan itu, antara lain membincangkan usaha MHTC dalam memajukan bidang pelancongan kesihatan negara.Kata Sherene, Malaysia berpotensi besar dalam industri itu kerana keupayaan menyediakan perkhidmatan dan hospitaliti yang berkualiti tinggi.Cara layanan yang berkesan dan komunikasi dalam pelbagai bahasa antara kelebihan yang menjadikan negara mempunyai pakej industri pelancongan kesihatan yang lengkap, katanya.Katanya, pertumbuhan pasaran tempatan bagi industri itu kini berada pada tahap memberangsangkan dengan rekod purata setiap tahun antara 16 hingga 17 peratus dan rekod tertinggi pernah dicatat ialah 23 peratus pada 2016.Source: Kumpulan Media Karangkraf
shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168
rasydan.m@mhtc.org.my
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.
