
Hospital bukanlah satu tempat yang ingin dikunjungi oleh mana-mana pihak kecuali atas sebab melahirkan cahaya mata.
Tetapi apabila jatuh sakit, kita tiada pilihan lain. Itupun kita mahu yang terbaik, tidak kisah hospital swasta atau kerajaan, sebagaipesakit yang sedang berdepan masalah kesihatan, kita mendambakanperkhidmatan penjagaan bertaraf 5 bintang.
Kenaikan kos rawatan secara global mendesak pelbagai negara menceburi perubatan pelancongan yang menjadi salah satu industri rancak danmenjana ekonomi.
Pelancongan perubatan ini membuka pintu kepada negara-negara yangmempunyai pakej perubatan menarik untuk menjadi destinasi pesakit danseterusnya membuka kepada pelbagai peluang lain bagi menjana ekonomi.
Menurut Patients Beyond Borders, 5 negara menawarkan rawatanperubatan terbaik sekali gus mampu mengubah imej menjadi destinasipelancongan yang mampu merangsang pembangunan ekonomi negara untukjangka masa panjang.
Menariknya, 2 negara dari Asia Tenggara dipetik dalam senarai itu, termasuk Malaysia.
Status negara maju dan kelengkapan kemudahan bertaraf duniamenjadikan Singapura ‘berjaya’ menarik minat masyarakat duniamengunjungi negara itu bagi rawatan kelas antarabangsa. Malah menurutpenilaian Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Singapura dinobatkan sebagai negara yang memiliki sisten perubatan paling efisien selain pakarberkemahiran tinggi.
Singapura juga berada dalam kedudukan terbaik dunia dan terbuktiapabila kadar kematian bayi paling rendah selain mempunyai kadar jangkahayat lebih baik berbanding negara-negara maju lain. Jadi tidakhairanlah Singapura antara satu daripada destinasi terbaik pesakit untuk mendapat rawatan.
Keprihatinan kerajaan tersebut dalam memastikan sektor kesihatandiberi keutamaan terutama kepada rakyatnya sendiri turut menyumbangmenjadi pilihan pesakit global.
Malah negara itu turut berada dalam kedudukan tinggi berbanding Amerikadan Kanada bagi kepakaran pergigian dan pembedahan kosmetik selainmembina nama dalam bidang pembedahan mata, terapi kanser dan pembedahanbariatrik.
Negara ini mengamalkan 2 sistem iaitu sektor swasta dan satu lagidigelarkan ‘caja’ di mana rakyat melabur sumbangan bulanan dalam bentukpotongan gaji antara 6% hingga 12% untuk melindungi seluruh ahlikeluarga. Kos perubatan di negara ini 45% hingga 65% lebih rendahdaripada Amerika.
India, walaupun dijolok sebagai negara dunia ketiga tetapi ia seringmenjadi sasaran pelancong ekoran kos perubatannya yang sanggat murah,secara purata 75% lebih rendah daripada perbelanjaan umum.
Pada 2017, dianggarkan pelancongan perubatan di India sahajamempunyai nilai terkumpul hampir RM8.8 bilion selepas lebih 100,000pesakit luar mengunjungi ke negara Taj Mahal itu.
Di India, pesakit di bawah industri pelancongan perubatan akanmenikmati pelbagai kemudahan, kemewahan dan penjagaan berkualiti.Sesetengah hospital swasta turut menyediakan pakej kesihatan untukpelancong asing termasuk pengambilan dari lapangan terbang, Wi Fipercuma dan chef peribadi. Tiada ‘waktu tunggu’ untuk pesakit asingmemandangkan penjadualan untuk semua pembedahan atau pemeriksaan akandilakukan sesegera mungkin.
Korea Selatan salah sebuah negara yang mempunyai kecanggihanteknologi terulung dunia. Di sini, pesakit menerima rawatan bertarafmewah menggunakan sokongan teknologi berinovasi dan kaki tangan yangterlatih. Hospital Wooridul Spine di Seoul misalnya antara hospitalterbaik untuk pembedahan tulang belakang ‘minimally-invasive’ di negaratersebut dengan lebih 20,000 prosedur dilakukan setiap tahun.
Pelancong asing juga tertarik dengan tawaran insuran yang meliputikecederaan, penyakit berkaitan tekanan dan kematian akibat sesuatuprosedur ketika rawatan. Kos rawatan di Korea Selatan 30% hingga 45%kurang berbanding perbelanjaan di Amerika Syarikat.
Malaysia kini semakin dikenali bukan sahaja kerana kepelbagaianbudaya tetapi juga kos rawatan kesihatan yang rendah berbanding negaralain serta fasiliti yang baik dan mencukupi.
Dibarisi doktor-doktor yang yang mampu bertutur dalam pelbagaibahasa, ia memudahkan pelancong asing yang meminati penjagaan kesihatannegara ini. Pulau Pinang dan Kuala Lumpur antara pusat bagi mendapatkanrawatan perubatan.
Malah pesakit diberikan pilihan untuk memilih rawatan di hospitalkerajaan melalui konsep full paying patient atau hospital swasta yangmenawarkan keselesaan yang lebih baik.
Dari tahun ke tahun jumlah pelancong perubatan ke negara ini meningkat 100% sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara.
Tahun lalu dicatatkan 32 juta pelancong mengunjungi negara ini dan daripadanya 1.1 juta adalah untuk tujuan perubatan.
Source: FMT News
]]>
shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168
rasydan.m@mhtc.org.my
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.
