Media jadi pemangkin destinasi pelancongan kesihatan

mhtcadmin1
August 23, 2019
5 min read

PETALING JAYA 23 Ogos - Pihak media telah berperanan penting dalam menguar-uarkan tawaran perkhidmatan di negara ini dan membantu menyemai kepercayaan untuk menarik pelancong penjagaan kesihatan dari seluruh dunia, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, media turut menjadi pemangkin dalam menggalakkan perbincangan mengenai perkembangan aliran pelancongan kesihatan sekali gus memberikan keseimbangan penilaian ke atas sistem penjagaan kesihatan Asia.

Malah katanya, peralihan itu membawa kepada kemunculan Asia Tenggara sebagai peneraju dalam landskap pelancongan penjagaan kesihatan dunia yang sebelum ini pernah dikuasai Barat.

"Ini amat penting bagi peralihan Malaysia daripada menjadi 'permata tersembunyi Asia' kepada antara destinasi pelancongan penjagaan kesihatan terkemuka dunia.

"Kemasyhuran Malaysia sebagai penanda aras industri dan rantaian penjagaan kesihatan telah mengatasi jangkaan kita," katanya semasa berucap merasmikan Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2019 di sini, malam tadi.

Amiruddin berkata, Malaysia merekodkan peningkatan jumlah pelancong penjagaan kesihatan sebanyak 50 peratus dalam tempoh 2011 hingga 2018 dan menjana hasil pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul antara 16 dan 17 peratus.

Beliau berkata, bagi pasaran utama, Malaysia mencatatkan peningkatan bilangan pelancong kesihatan dari Indonesia sebanyak 31 peratus dan dari China pada 11 peratus tahun lepas.

"Ia amat menggalakkan berbanding peruntukan yang telah kita usahakan berbanding pesaing kita," katanya.

Justeru itu, beliau menghargai peranan media dalam menarik ramai pihak ke negara ini sebagai alternatif penjagaan kesihatan mereka.

Beliau berkata, industri pelancongan penjagaan kesihatan Asia-Pasifik mengalami kadar pertumbuhan tahun ke tahun pada lapan peratus, iaitu dua kali ganda daripada pertumbuhan yang dicatatkan landskap global.

"Asia-Pasifik sahaja menerima antara 40 dan 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong," katanya.

Lebih 250 penyertaan dari Malaysia dan luar negara diterima untuk MTMA 2019 yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, bagi lima kategori iaitu Rencana Terbaik Media Cetak, Rencan Terbaik Penyiaran, Rencana Terbaik Dalam Talian (tempatan/antarabangsa), Wartawan Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan dan Pasukan Editorial Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan.

Sinar Harian, yang memenangi anugerah Pasukan Editorial Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan, menerima RM10,000 - hadiah terbesar MTMA 2019 - serta trofi. - BERNAMA

Source: utusan.com.my

ENDS
For media inquiries and further information, please contact:
  • Mohamad Shahizam Fauzi Item A
  • Head, CommunicationsItem B
  • +603 8776 6168

shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at                                                
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168        
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.