
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ikatan Dokter Indonesia (IDI), untuk bekerjasama dalam perkongsian pengetahuan, pengalaman dan etika amalan.Pemeteraian MoU akan membuka pintu untuk pemindahan pengetahuan dalam teknologi terkini, peralatan dan kepakaran melalui pelbagai inisiatif dan program, kearah pembangunan perkhidmatan kesihatan yang berterusan di kedua-dua negara.MoU ditandatangani di Jakarta semalam oleh Ketua Pegawai Eksekutif MHTC Sherene Azli dan Presiden IDI Prof Dr Ilham Oetama Marsis.Sherene berkata kolaborasi yang terjalin akan membuka era baharu dalam hubungan Malaysia dan Indonesia."Melengkapi kekuatan masing-masing dalam segmen penjagaan kesihatan, kerjasama ini akan membolehkan pengamal perubatan dari kedua-dua negara meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan kepada pesakit."Kerjasama ini akan membolehkan pelancong kesihatan Indonesia mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai penawaran Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan menerusi rujukan pakar perubatan yang boleh dipercayai di negara mereka," katanya dalam satu kenyataan.MHTC turut merancang untuk melancarkan kempen pelancongan penjagaan kesihatan pertama negara, Tahun Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MYHT 2020) pada tahun 2020.Kempen bertujuan menggalakkan lebih ramai memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan meneroka pelbagai perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan serta kemasyhurannya sebagai lokasi pelancongan.Source: BERNAMA
shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168
rasydan.m@mhtc.org.my
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.
