MHTC sasar RM500 juta hasil pelancongan perubatan

mhtcadmin1
July 22, 2020
5 min read

KUALA LUMPUR: Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) menurunkan sasaran pendapatan pelancongan perubatan untuk tahun ini kepada RM500 juta dengan anggaran kesan ekonomi sebanyak RM7 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sherene Azli berkata akibat daripada penularan COVID-19, MHTC mengurangkan sebanyak 70 peratus sasaran asalnya iaitu hasil sebanyak RM2 bilion dengan jumlah sumbangan RM10 bilion kepada ekonomi.

"Kami tidak mempunyai gambaran yang jelas mengenai jumlah kemasukan pelancong kerana ini adalah persekitaran yang baharu.

"Tingkah laku perjalanan adalah berbeza dan terdapat perubahan dalam cara kita melakukan sesuatu," katanya kepada Bernama selepas majlis makan tengah hari bersama media sempena Medical Travel Media Awards 2020 di sini semalam.Tahun lepas, sektor pelancongan penjagaan kesihatan Malaysia mencatatkan hasil sebanyak RM1.7 bilion dengan 1.3 juta ketibaan pelancong penjagaan kesihatan.

Pada 25 Jun lepas, kerajaan membenarkan kemasukan warganegara asing yang mengalami penyakit kritikal dan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran diberikan kepada mereka yang dikategorikan di bawah fasa 1A dan 1B, ia akan dikuat kuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan ketika sekatan perjalanan antarabangsa sedang berjalan.

"Kebenaran untuk pelancong fasa 1A hanya diberikan untuk perjalanan melalui laluan udara dan hanya seorang penjaga dibenarkan untuk menemani pesakit," katanya dalam satu kenyataan.

Setakat 20 Julai, MHTC telah mendapat persetujuan untuk fasa kedua bagi membenarkan pelancong penjagaan kesihatan dari enam negara, iaitu Brunei, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand untuk memasuki negara.

Berikutan keselamatan pesakit dan pelawat terus menjadi keutamaan Malaysia, kebenaran tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

SOP itu, bagaimanapun tidak terhad kepada pelancong penjagaan kesihatan yang mendaftar dengan MHTC sebelum melakukan perjalanan ke sini untuk mendapatkan rawatan.

Lebih banyak maklumat mengenai SOP ini akan tersedia untuk orang ramai setelah perincian mengenainya selesai, katanya.

"Kerajaan mengizinkan enam negara ini kerana mereka adalah negara yang selamat namun ia tertakluk kepada perjanjian dipersetujui antara Malaysia dan negara-negara berkenaan.

"Untuk Australia, ia masih dalam fasa sekatan perjalanan, justeru bagi pesakit dari negara itu memerlukan kebenaran khas dan tertakluk kepada peraturan ditetapkan sebelum memasuki Malaysia," katanya.

Sherene berkata Malaysia telah meletakkan kedudukannnya sebagai destinasi pilihan untuk bidang perubatan khusus yang terpilih seperti ortopedik, kardiologi, neurologi, pemeriksaan kesihatan, onkologi dan rawatan kesuburan sebelum penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"10 negara teratas yang mencatatkan jumlah pelancong penjagaan kesihatan ke Malaysia adalah Singapura, India, Jepun, Bangladesh, Filipina, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan China," katanya.

Source: Astro Awani

ENDS
For media inquiries and further information, please contact:
  • Mohamad Shahizam Fauzi Item A
  • Head, CommunicationsItem B
  • +603 8776 6168

shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at                                                
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168        
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.