
Industri pelancongan kesihatan Malaysia berkembang pada kadar purata 16 ke 17% setahun berbanding purata global 12 ke 14%.
KUALA LUMPUR: Penyusutan ringgit turut berperanan menyumbang kepadapertumbuhan industri pelancongan kesihatan di Malaysia, menurut KetuaPegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), ShereneAzli.
Beliau berkata, kos rawatan di Malaysia lebih mampu ditanggung oleh pesakit berbanding di negara lain di rantau ini.
“Jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS), pesakit dapat berjimat sehingga 85 peratus dari segi kos.
“Oleh itu, turun naik mata wang juga amat mendorong pelancongkesihatan, memandangkan mereka memperolehi lebih nilai bagi setiap wangyang dibelanjakan di negara ini,” katanya.
Baru-baru ini, AmInvestment Bank dalam nota penyelidikan berkata,pengendali kesihatan swasta tempatan mungkin terjejas ekoran kelemahanringgit berbanding dolar AS.
Ini kerana kos input utama seperti ubat-ubatan, bekalan dan peralatan perubatan adalah dalam denominasi dolar AS.
Bagaimanapun, Sherene berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengawalkadar siling untuk rawatan penjagaan kesihatan, sekali gus memastikanperkhidmatan kekal berpatutan.
Ia adalah selain Jadual Fi Perubatan 2013 yang ditetapkan KKM,ditambah dengan insentif yang diperkenalkan kerajaan, sepertipengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas bil perubatan,telah meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai peneraju destinasipelancongan kesihatan.
Industri pelancongan kesihatan Malaysia berkembang pada kadar purataantara 16 ke 17% setahun berbanding purata global 12 ke 14%, apabilanegara memanfaatkan semua faktor tersebut.
“Pelancongan kesihatan merupakan antara industri yang berkembangpesat dalam sektor ini, mencatatkan pertumbuhan 2 angka berbanding 4%yang dicatatkan industri pelancongan itu sendiri,” katanya.
Pada 2017, sektor penjagaan kesihatan Malaysia mencatatkan perolehankira-kira RM1.3 bilion daripada lebih satu juta ketibaan pelancongkesihatan, dengan pertumbuhan ini menyumbang lebih RM3 bilion kepadaKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jumlah pelancong kesihatan turut meningkat sebanyak 63.3% kepada 1.05 juta berbanding 921,000 pada 2016.
MHTC juga mengenal pasti beberapa negara, iaitu Indonesia, India,China, Vietnam dan Myanmar sebagai pasaran teras berdasarkan jumlahpelancong kesihatan, serta potensi pertumbuhan masing-masing.
Pelancong kesihatan utama ke Malaysia bagi menjalani rawatan ialahdari Indonesia, India, China, Indo-China, Jepun, Bangladesh, UnitedKingdom, Filipina, Singapura, Australia dan AS.
Di peringkat domestik, Sherene berkata, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menjadi destinasi utama pelancong kesihatan sejak sekian lama, didorong terutamanya oleh faktor mudah diakses menerusi kemudahan lapanganterbang antarabangsa.
“Kita juga mula menyaksikan pertambahan hab penjagaan kesihatan diJohor, Melaka dan Sarawak, disokong oleh usaha kerajaan menjadikanindustri ini pemacu pertumbuhan ekonomi utama, serta strategi perniagaan penyedia penjagaan kesihatan swasta untuk memanfaatkan peluangtersebut,” katanya.
MHTC diberi peruntukan RM20 juta bagi merealisasikan mandat kerajaanuntuk mengembangkan industri itu sebanyak 25% pada 2019 menerusiBelanjawan 2019.
Oleh yang demikian, industri pelancongan kesihatan akan menyaksikanpeningkatan berterusan jumlah pelancong dari negara sasaran sepertiIndonesia, India, China, Vietnam dan Myanmar.
“Kita juga akan terus mengeratkan lagi rangkaian sekutu industri melalui perkongsian awam-swasta, khususnya dalam memperkukuh kelancaran ekosistem pelancongan kesihatan kita yang menyeluruh,” katanya.
Source: FMT News
]]>
shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168
rasydan.m@mhtc.org.my
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.
