Pelancongan kesihatan Malaysia diiktiraf

mhtcadmin1
April 14, 2018
5 min read

SEGAMAT – Malaysia terus dipilih sebagai lokasi pelancongan kesihatan terbaik apabila dinobatkan sebagai tempat pertama di dunia oleh International Medical Travel Journal (IMTJ), baru-baru ini.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ini membuktikan pelancongan kesihatan kini semakin mendapat tempat dan berkembang di negara ini seiring dengan negara-negara maju yang lain.“Rakyat negara lain seperti Indonesia, China, Myanmar, Bangladesh dan beberapa negara lain datang mendapatkan rawatan di negara ini kerana Malaysia mempunyai kepakaran yang cukup.“Ini juga adalah usaha gigih Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) di bawah kementerian dan setiap tahun kita cuba untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan anugerah ini membuktikan penerimaan dunia terhadap Malaysia,” katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Kem Nak Sihat dan Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Sementara Palong Timur di pekarangan Anjung Belia Felda Palong Timur, di sini, semalam.Menurutnya, sebagai satu petunjuk ekonomi utama, sokongan kerajaan adalah kekuatan dalam menarik pelancong kesihatan di Malaysia serta pelancong yang mendapat rawatan di negara ini diberi layanan terbaik selain kos rawatan yang berpatutan.“Bidang kesihatan di negara ini juga dibangunkan menerusi kerjasama awam dan swasta yang mana kerajaan dan pihak swasta menyediakan kemudahan serta layanan kesihatan berkualiti kepada orang ramai.“Melalui pelancongan kesihatan ini juga, kemudahan selepas rawatan kepada pesakit seperti untuk pemulihan juga disediakan serta pelancong yang ingin mendapatkan rawatan intensif juga diberi lanjutan visa selama enam bulan,” katanya.Sumber: KarangKraf

ENDS
For media inquiries and further information, please contact:
  • Mohamad Shahizam Fauzi Item A
  • Head, CommunicationsItem B
  • +603 8776 6168

shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at                                                
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168        
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.