Rawatan kosmetik, kesuburan lebih murah jadi tarikan

mhtcadmin1
September 15, 2018
5 min read

KUALA LUMPUR: Pembedahan kosmetik dan kesuburan menjadi antara daya tarikan pesakit dari seluruh dunia untuk datang ke negara ini bagi mendapatkan rawatan.

Selain kos yang lebih rendah berbanding negara lain, kualiti perkhidmatan serta kepakaran bertaraf dunia turut menarik pesakit luar datang ke negara ini.

Ketua Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli, berkata bukan sahaja wanita, pesakit lelaki turut berminat menjalani rawatan kosmetik.

“Pembedahan kosmetik merangkumi pembesaran payudara, sedut lemak atau liposuction, menegangkan muka dan pembedahan biatrik untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan serta diabetes jenis dua.

“Kebanyakan pesakit mendapatkan rawatan kosmetik adalah dari Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) kerana bayaran dikenakan lebih rendah berbanding negara mereka, termasuk di negara jiran,” katanya yang ditemui di sini, baru-baru ini.

“Sebagai contoh kos untuk pembedahan dan menegangkan muka di negara ini adalah kira-kira RM13,291 berbanding lebih RM31,000 di Singapura dan lebih RM14,000 di Thailand.

“Rawatan kesuburan di sini pula mampu memberikan kejayaan sehingga 80 peratus untuk peluang hamil berbanding 60 peratus di negara lain dengan kos sekitar RM17,000 berbanding Singapura, lebih RM30,000.

“Penyakit dan rawatan lain yang popular dalam kalangan pelancong kesihatan adalah jantung (kardiologi), barah (onkologi), tulang (ortopedik), saraf (neurologi), mata (oftalmologi) dan pergigian.

“Pelancong juga datang untuk mendapatkan rawatan sakit tuan (urologi), usus (gastroenterologi) dan pemeriksaan kesihatan umum di negara ini.

Indonesia pasaran terbesar

Indonesia adalah pasaran terbesar mewakili 60 peratus keseluruhan pelancong kesihatan diikuti China, India, Myanmar, Vietnam, Jepun, UK, Australia, negara Arab dan AS.

“Tahap kepercayaan pesakit luar sangat tinggi sehingga sesetengahnya sanggup datang ke negara ini walaupun hanya untuk mendapatkan rawatan harian seperti demam dan selesema.

“Pesakit juga tidak perlu tunggu lama untuk berjumpa pakar pilihan selain mereka selesa kerana memiliki kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Cina dan Tamil,” katanya.

Dikawal selia Kementerian Kesihatan

Setakat ini terdapat 187 hospital swasta di negara ini, tetapi daripada jumlah itu, 21 adalah ahli elit MHTC dan 53 adalah ahli ordinari MHTC.

Sistem penjagaan kesihatan di negara ini juga dikawal selia dengan rapi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kualiti dan keselamatan selain kebanyakan hospital swasta turut memiliki akreditasi antarabangsa.

Industri pelancongan kesihatan meningkat pada kadar purata antara 16 sehingga 17 peratus setiap tahun dengan sumbangan ekonomi negara sebanyak RM5 bilion kepada keluaran dalam negara kasar pada 2017.

Source: Berita Harian

ENDS
For media inquiries and further information, please contact:
  • Mohamad Shahizam Fauzi Item A
  • Head, CommunicationsItem B
  • +603 8776 6168

shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at                                                
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168        
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.