Seorang daripada 19 orang wanita di Malaysia dijangka hidap kanser payudara

mhtcadmin1
October 23, 2022
5 min read

KANSER payudara merupakan salah satu daripada penyakit yang menjadi ketakutan dalam kalangan wanita di seluruh dunia, kata American Cancer Society.

Masakan tidak, di Amerika Syarikat, setiap dua minit seorang wanita didiagnosis dengan kanser tersebut.

Pada tahun ini, kira-kira 1.9 juta kes berlaku dengan 609,360 kematian dicatatkan.

Sementara itu, National Breast Cancer Foudation pula merekodkan sebanyak 287,500 kes kanser payudara invasif (merebak) dan 51,400 kes kanser payudara bukan invasif (in situ) dengan kadar survival relatif untuk lima tahun adalah 99 peratus!

Kredit foto: Leeloo Thefirst© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Leeloo Thefirst© Provided by Sinar Plus

Situasi di Malaysia juga agak menggerunkan. Menerusi perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, seorang daripada 19 orang wanita akan menghidapi kanser payudara dan sebanyak 43 peratus daripada jumlah itu hidap barah tahap 3 dan 4.

Bagi mengulas lanjut mengenai kanser payudara, SinarPlus mewawancara Pakar Bedah Am, Hospital KPJ Ipoh, Perak, Dr Basel Ebernesan Noel Arputharaj.

Menurut Dr Basel Ebernesan, bilangan pesakit kanser tersebut dengan jelas menunjukkan corak atau trend yang semakin merisaukan. Namun, sayangnya kesedaran orang ramai masih lagi rendah.

Kredit foto: Anna Tarazevich© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Anna Tarazevich© Provided by Sinar Plus

Beliau kemudian mengambil perbandingan statistik pada tahun 2007 hingga 2011 dan 2012 hingga 2016.

“Dalam tempoh 2007 hingga 2012, sebanyak 23 peratus penghidap barah telah didiagnosis pada tahap 3, manakala 20 peratus pada tahap 4.

“Angka itu semakin meningkat dalam tempoh 2012 hingga 2016 yang menyaksikan sebanyak 25 peratus pesakit berada pada tahap 3 dan 23 peratus pada tahap 4,“ kongsinya.

Bukan sekadar ketulan

Menjelaskan lebih lanjut, pakar berkenaan berkata, lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit kanser menghidap barah jenis Invasive Ductal Carcinoma atau Infiltrating Ductal Carcinoma (IDC), termasuk Ductal Carcinoma In Situ dan Intraular Lobular Carsinoma (ILC) mencecah 6 peratus.

Kredit foto: Leeloo Thefirst© Provided by Sinar Plus

IDC adalah jenis kanser payudara yang paling umum terjadi. Ia bermula dari saluran susu, kemudian menerobos ke dinding saluran tersebut sebelum menyerang jaringan payudara lain yang berdekatan.

Sementara ILC pula berkembang pertama kali pada lobulus buah dada atau jaringan produksi susu. Selepas itu, sel kanser akan memasuki jaringan payudara dan organ lain di sekitarnya.

Menurut Dr Basel Ebernesan, permulaan kepada barah adalah disebabkan oleh kelenjar susu dan sel akan berubah daripada normal kepada abnormal.

Kredit foto: Leeloo Thefirst© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Leeloo Thefirst© Provided by Sinar Plus

Kata beliau lagi, sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit itu. Pun demikian, risikonya akan meningkat sekiranya individu-individu tertentu memiliki ciri-ciri berikut:

  1. Terdedah kepada hormon yang begitu lama atau umur semakin meningkat: Mereka yang berada dalam kategori ini banyak terdedah kepada hormon estrogen, sekali gus meningkatkan risiko kepada barah.
  2. Genetik: Sekiranya seseorang mempunyai sejarah penyakit keluarga yang turut memiliki kanser payudara, mereka mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk hidap barah berkenaan.
  3. Pengambilan pil hormon bagi mereka yang sudah menopaus dan obesiti: Pendekatan sedemikian dan berat badan berlebihan akan merangsang kepada penghasilan hormon estrogen yang boleh memicu kanser.
  4. Penyusuan susu ibu: Individu yang kurang menyusukan anak mempunyai risiko untuk hidap barah payudara lebih tinggi berbanding mereka yang kerap menyusukan anak. Ini kerana ketika proses penyusuan, hormon wanita pada ketika itu rendah.
Kredit foto: Anna Tarazevich© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Anna Tarazevich© Provided by Sinar Plus

Mengenai simptom-simptom yang perlu diawasi, Dr Basel Ebernesan berkata, kanser tidak hanya merujuk kepada ketulan pada payudara sahaja. Ia boleh tercetus atas beberapa faktor iaitu:

  1. Timbul ketulan pada ketiak.
  2. Keluarnya cecair atau darah pada puting.
  3. Berlakunya perubahan kepada bentuk payudara seperti adanya lekuk dan kulit tertarik ke dalam.
  4. Kulit payudara bertukar menjadi warna merah, tebal dan seolah-olah menyerupai kulit buah oren.
  5. Puting susu ke dalam.

SinarPlus kemudian menemubual Pengurus Besar Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri, Johor, Dr Ding Eng Li.

Kredit foto: Alex Green© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Alex Green© Provided by Sinar Plus

Berbicara lanjut, Dr Eng Li berkata, untuk menentukan tahap seseorang menderita kanser payudara, ia boleh dilihat menerusi beberapa aspek:

Tahap 1: Adanya ketulan yang saiznya kurang 2 sentimeter (sm).

Tahap 2: Saiz ketulan di antara 2 hingga 5sm.

Tahap 3: Saiz ketulan melebihi 5sm dan ia kemungkinan merebak kepada nodus limfa.

Tahap 4: Sel kanser telah merebak ke bahagian organ yang lain.

Dari satu sudut, beritahu beliau, kadar kelangsungan hidup pesakit adalah berbeza-beza mengikut tahap diagnosis.

Kelazimannya, pesakit yang menghidap kanser tahap 1 dan 2 mempunyai kebolehupayaan meneruskan hidup dalam tempoh lima tahun adalah lebih 80 peratus.

Sementara mereka yang berada pada tahap 3 dan 4, kadar kelangsungan hidup lebih rendah, ujar Dr Eng Li.

Kredit foto: Thirdman© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Thirdman© Provided by Sinar Plus

“Ingin saya jelaskan, kebanyakan pesakit kanser tahap 4 yang memiliki peluang untuk meneruskan hidup dalam tempoh lima tahun adalah sebanyak 23.3 peratus,“ terangnya.

Agen pencetus kanser

Sukar untuk menolak bahawa aspek pemakanan dan gaya hidup sangat mempengaruhi kebanyakan penyakit yang dideritai manusia.

Untuk kanser, Dr Eng Li mengingatkan orang ramai untuk mengehadkan pengambilan makanan dan bahan yang mengandungi karsinogen.

Kredit foto: Valeria Boltneva© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Valeria Boltneva© Provided by Sinar Plus

“Karsinogen merupakan agen pencetus kanser dan sifatnya boleh merosakan DNA atau menyebabkan mutasi. Ia tidak hanya khusus kepada barah payudara sahaja, tetapi semua penyakit kanser.

“Untuk pengetahuan umum, bahan mentah yang diproses seperti daging burger, nuget dan sosej mempunyai karsinogen, termasuk makanan yang dipanggang atau dibakar terlalu garing sehingga permukaan daging menjadi hangus,“ katanya.

Menjawab pertanyaan tentang rawatan kanser, beliau berkata, ia juga bergantung kepada tahap pesakit didiagnosis.

“Sekiranya pesakit alami ketulan pada payudara, langkah pertama adalah dengan melakukan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut.

Kredit foto: Vidal Balielo Jr.© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Vidal Balielo Jr.© Provided by Sinar Plus

“Pun demikian, jika kanser telah merebak secara meluas, pesakit mungkin terpaksa menjalani pembedahan membuang keseluruhan payudara dan kaedah kimoterapi serta radioterapi juga akan diimplemenkan,“ tuturnya.

Sementara itu, Centres of Disease Control & Prevention (CDC) berkata, kanser payudara boleh dirawat menerusi beberapa metodologi.

“Ia (rawatan) mengambil kira kepada jenis barah yang dialami pesakit dan sejauhmana ia telah merebak. Individu yang menghidap kanser payudara selalunya mendapat lebih daripada satu jenis rawatan,“ kata laman web perubatan itu.

CDC menyenaraikan beberapa pendekatan:

Kredit foto: Alex Negroe© Provided by Sinar Plus
Kredit foto: Alex Negroe© Provided by Sinar Plus
  1. Pembedahan: Antaranya seperti mastectomy (pembedahan yang dilakukan untuk membuang semua tisu payudara daripada buah dada untuk merawat atau mencegah kanser) dan lumpectomy (pembedahan yang bertujuan untuk membuang tisu kanser pada payudara pesakit).
  2. Kemoterapi: Menggunakan ubat khas untuk mengecutkan atau membunuh sel kanser.
  3. Terapi hormon: Terapi jenis ini akan menghentikan hormon daripada melekat pada reseptor yang terdapat pada sel kanser. Teknik tersebut digalakkan untuk pesakit yang mempunyai tumor reseptor positif hormon.
  4. Terapi biologi: ‘Berkerja‘ dengan sistem imun badan pesakit dalam membantu melawan sel kanser atau mengawal kesan sampingan daripada rawatan kanser lain.
  5. Terapi radiasi: Menggunakan sinaran bertenaga tinggi (serupa dengan sinar-X) untuk membunuh sel-sel kanser

Source: MSN

ENDS
For media inquiries and further information, please contact:
  • Mohamad Shahizam Fauzi Item A
  • Head, CommunicationsItem B
  • +603 8776 6168

shahizam.f@mhtc.org.my
Muhammad Rasydan Ma’at                                                
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168        
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy. More information can be found at https://www.mhtc.org.my/.