Malaysia Healthcare menerima sokongan padu Kerajaan untuk merangsang industri pelancongan kesihatan

mhtcadmin1
November 6, 2020
5 min read

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan belanjawan bagi industri pelancongan kesihatan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Industri pelancongan kesihatan telah diiktiraf sebagai antara perkhidmatan eksport utama yang berpotensi untuk mengukuhkan ekonomi negara. MHTC komited untuk menggunakan peruntukan belanjawan tersebut bagi merangsang industri pelancongan kesihatan dalam usaha membantu pemulihan ekonomi Malaysia dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui pendigitalan.

"Bagi pihak MHTC, dengan penuh besar hati, kami berterima kasih dan sangat menghargai sokongan berterusan daripada Kerajaan yang telah memperuntukkan sebanyak RM 35 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini. Dalam keadaan sekarang yang serba mencabar, kepercayaan yang Kerajaan berikan ini merupakan satu amanah yang besar kepada MHTC untuk terus memacu industri pelancongan kesihatan sebagai langkah ke arah memulihkan ekonomi negara. Sehingga kini, Malaysia Healthcare telah membudaya dan mengadaptasi norma – norma baharu pasca pandemik COVID-19 dengan sokongan padu yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, dan Majlis Keselamatan Negara. Malaysia Healthcare mempunyai potensi untuk menyumbang sehingga RM10 bilion kepada ekonomi apabila industri kembali pulih. Kepercayaan berterusan terhadap Malaysia Healthcare akan membuka lebih banyak peluang untuk mendukung transformasi dalam penjagaan kesihatan yang akan meningkatkan ekonomi sektor penjagaan kesihatan secara khusus dan seterusnya turut memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara amnya. Sokongan dan pengiktirafan terhadap Malaysia Healthcare ini juga akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai the World’s Healthcare Marvel," Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Healthcare Travel Council

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
shobena@mhtc.org.my
Shobena Singam (Ms)
Naib Presiden, Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the “Malaysia Healthcare” brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia’s healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation’s first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia’s world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry’s significant contribution to the national economy.

More information can be found at https://www.malaysiahealthcare.org.